Thursday, March 30, 2006

Kari RM45

Ada baca paper/tgk news 2,3 hari nie? Pasal kari ikan tongkol nasi dagang harga RM45 kat Tganu?
Latest development (reported dalam Utusan hari ini), kedai tu dah kena serbu. The proprietor mungkin kena saman sebab tak pamer tanda harga.
Takpe lah tu...Tapi part ni aku rasa kelakar...ni excerpt from UTUSAN hari ini..."...Serbuan lima pegawai bahagian penguat kuasa agensi itu pagi ini diketuai oleh Penolong Pengarahnya, Zulfahmi Mat Udi. Sementara itu, Pengarah KPDNHEP Terengganu, Ahmad Dahuri Mahmud berkata, dalam serbuan itu, pihaknya telah mengambil keterangan pemilik kedai itu dan merampas kuah nasi dagang kepala ikan tongkol untuk siasatan."
Apa kes yang dia nak rampas kuah kari tu? Apa yang nak bantu siasatannya? Kan bangang namanya tu? Ish...ish...agaknya la kan, depa nak taste sedap ke tak untuk justify price tag RM45 tu...
Makan kari free le pegawai tu semalam...

5 comments:

Noni Kapet said...

cheh kalau mak cik jual kepala ikan pi serbu, habis menteri2 yang makan kepala orang tu (corruption juta-juta tak serbu).

awat tak serbu mek pidah and rampas semua kereta2 mewah, barang kemas etc.

mengarut betul.

ntah2 mak cik tu bau2 bacang aku kat marang.

ntah2 mak cik tu supplier nasi dagang kat ustaz hadi.

something fishy in this "fish curry" cerita.

abah emil said...

agak le kesian kat makcik tu sbb kena fine 1K tu. Dah dia mmg tak jual kari saja, memang le dia tak pamer harga...

buyer tu yang tak sedor diri, dah orang tolong jual (kalau tak silap bini dia mengidam), lagi banyak songeh...

tapi ada jugak columnist yang hail the move as new era for consumerism...consumerisme my foot la...

aku memang la kesian kat makcik tu..

Noni Kapet said...

Ni lah yg orng ckp bilis kena tangkap, jerung tak kena.

Tp maybe blessing in disguise, ntah2 business makin maju.

Free publicity.

* orng Melayu x dak isu lagi besar ke nak discuss? Bukan ada 80k anak melayu unemployed? Kita dah ada remedy ka? Sibuk kepala ikan pulak...

Joe said...

melayu kan dengki sama2 melayu..
takleh tengok melayu lain berjaya, mesti ada je cara nak jatuhkan..

9005394 said...

aku tak faham cerita ni ...
what's up ?
she was fine for inflating the prices ?
btw, awat Epit hang punya blog dah sunyi tanpa berita 3 minggu ?
takkan udah HANGAT HANGAT tahi tut tut..

how ?
apa lagi berita menarik di tanahair ?