Monday, April 21, 2008

Aily's E-mail

Below is Aily's e-mail to her friends of her feelings and her loss.



















Sahabat-sahabat,

Terima kasih atas pesanan dan ingatan....alhamdulillah, walau perit rasa ditinggalkan tapi kami sekeluarga redha dengan pemergian ayahanda tercinta. Buat sahabat-sahabat yang pernah mengenali arwah, kalau ada salah dan silap mohon maafkan, makan minum mohon halalkan...baru rasanya membaca catatan Hawa mengenai pemergian ayahandanya, tak sangka sampai juga masa diri sendiri merasa.

Pada yang tertanya, arwah sebenarnya sakit, punca asal ketumbuhan dalam usus besar dan telah menjalani pembedahan membuang 8 inci usus pada bulan puasa tahun 2006. 3 minggu di hospital arwah dibenarkan pulang dan menjalani kehidupan seperti biasa selama setahun tepat, raya tahun lepas. Sempat arwah berpuasa tanpa rasa seksa yang amat (dah lama sakit/pedih perut/gastrik) , menghabiskan masa dengan aktiviti yang sangat arwah suka, memancing dan bersama keluarga. Pada masa yang sama, kami semua sudah dimaklumkan oleh doktor yang membedah arwah,hati dia sudah ada tanda-tanda kanser dan pada masa itu sudah pun stage 3. Arwah memang tak suka hospital, tgk jarum pun pucat. Mendengar hanya chemo sahaja cara nak baik, arwah pilih untuk berubat secara alternatif.

Kalau dikira, lebih kurang dalam masa 6 bulan kesihatan arwah semakin terganggu...selepas aku masuk rumah baru dalam bulan 11, arwah pun dah semakin tak bermaya, hati membengkak dan pada awal januari, water retention yang dialaminya semakin teruk, jalan pun susah sangat.


Seingat-ingatnya, arwah tak pernah mengadu sakit. Kalau dia berbunyi pun katanya rasa tak sedap, tak tau rasa apa...itulah...kadang2 rasa sihat, tapi most of the time,memang letih sangat...2 tiga hari sebelum meninggal, dia ada minta nak makan sate hati ayam..dapatlah kitaorg carikan...lepas tu dapat pulak duduk kat buai dengan mummy...arwah kata kalau rasa segar macam ni dapatla pergi rumah anak2 minggu depannya...tak sangka itu petanda..

Hari Selasa (8.4.08), mummy kata pagi2 lagi arwah kata tak sedap rasa...berpusing dia kata. Arwah boleh bangun lagi untuk buang air besar, makan minum tak mau langsung. Yang merisaukan mummy, arwah dah muntah darah pulak.SMS mummy buat aku tiga beradik balik rumah terus. Sampai2 tu nampak arwah dah tak bermaya langsung..sedihnya tengok...buka mata pun tak boleh, awah kata dia rasa macam berpusing2.

Mulai jam 3 petang sehingga lah tepat jam 4 pagi, memang mummy, aku, elly and adik non stop jaga arwah. Sekejap duduk, sekejap baring....Allah bagi peluang kami adik beradik jaga arwah buat kali terakhir secara intensif.... kalau mummy sorang2 tak tau la macam mana nak mengangkat.. .arwah kurus sangat..yett n ude. kalau biasa pun korang tgk arwah dah kurus, masa meninggal tu, dah tinggal tulang dgn kulit je.

Masa arwah menghembuskan nafas terakhir, memang kami 4 beranak sedang mengadap dia. Tenangnya arwah pergi hinggakan kami ingat dia tertidur sebab keletihan dah 24 jam tak tidor...sempat azly (adik) mengusap arwah sambil bisik kalimah syahadah di telinga. Tu lah...sampai ke akhir, arwah tak juga kata sakit. Susah mula2 nak terima dia dah tiada. walaupun bersedia tapi sekejap sangat prosesnya. Banyak pesanan arwah sebenarnya tapi ingatkan dia antara sedar tak sedar masa bercakap. paling sayu bila arwah minta izin nak baring di riba mummy...Buat masa ini, masih tak percaya papa dah tiada. Rasa macam dia pergi outstation je...tapi hati dah terima, papa dipinjamkan kepada kami tak lama, Allah lebih sayangkan dia.



Alhamdulillah, urusan jenazah dipermudahkan Allah.Melihat kepada apa yang berlaku daripada saat arwah menghembuskan nafas terakhir sehingga hari ini kami sekeluarga yakin arwah lebih berbahagia di sana. Kalau arwah masih hidup, sepupu kata arwah akan lebih teruk. Sesungguhnya baru tahu, arwah sangat kuat semangatnya. ..sekarang ni tengah menjaga hati mummy, tak nak dia rasa terlalu sepi...maklum la, tak pernah berjauhan masa mereka bersama-sama. ..

Panjang pulak emel ini. Takpe la, cuma nak berkongsi rasa. Buat sahabat semua, kalau ada yang belum meluahkan rasa kasih dan sayang, belum mohon ampun dan maaf pada ibubapa atau sesiapa sahaja, buat sekarang, jangan tangguh...bukan semua diberi peluang untuk bersama-sama hingga saat menghembuskan nafas terakhir. sekali lagi terima kasih pada semua....hawa, kiwy, yett, ude, ban, yuyu, zeid, melia dan semua, terima kasih atas kata-kata semangat yang diberikan... aku jadikan semangat untuk teruskan kehidupan...

No comments: