Monday, September 22, 2008

PESTA SAHUR TAHUNAN 2008 BAHAGIAN 2

Imej Ihsan Radin

Alhamdulillah, Pesta Sahur Tahun 2008 telah selamat diadakan. Seramai lebih 28 orang (30 kalau campur anak-anak ein) ahli Class of 94 dan keluarga hadir memeriahkan acara. Terima kasih kepada semua - kuchai, ezam, hairul, azrin, fadhil, chibix, aiwa, abon, syahid, badut & red, kadax, fitt, radin, ruff, mpro, fadli, fendi the gentle giant, ska, zamri, ein & wife & anak2, chamat, syam'kimball', fido, pak tuan syed asrul dan rudicop.

Penghargaan khas diberikan kepada Radin sebagai penganjur & 'cashier' kepada acara ini.

Penghargaan lain:
- Terima kasih kepada'odd couple' Ruff & Chibiok. Gandingan mereka telah berjaya menyeludup masuk pau YL berjumlah RM130 ke restoran.
- Terima kasih kepada semua yang menderma kepada tabung MigDuck. Hasil kutipan RM110 akan disalurkan ke aktiviti yang akan diadakan.
- Terima kasih kepada Kuchai yang dengan selambanya menghalau kumpulan muzik Filipinos itu supaya pergi membuat bising di meja-meja lain.

Mungkin tahun hadapan, dengan izin Allah, penganjur boleh fikirkan untuk kembali ke Hilton PJ berdasarkan beberapa komen negatif yang diberikan peserta berkenaan pemilihan Concorde KL sebagai lokasi tahun. Juga mungkin boleh fikirkan siapa yang nak jadi penganjur untuk tahun depan (aku terkesan betul dengan pernyataan malam 10 Ramadhan terakhir!!!).

Mungkin juga kita perlu pertimbangkan untuk tahun-tahun akan datang akan bantahan Tn Syed Khalid Al Juned berkenaan penggunaan kata 'pesta' untuk acara ini.

Saya ambil kesempatan ini untuK ucap SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN kepada semua ahli Class of 94.

No comments: