Monday, March 01, 2010

1YENGKOZ TEA PARTY


Posting ini hanya satu posting formaliti (obligatory posting).

1Yengkoz Tea Party telah berjaya dilaksanakan pada hujung minggu lalu (Sabtu, 27 Februari) di rumah mewah Chamat di kejiranan mewah Bukit Jelutong.

Noni Kapet dah buat liputan hampir sepenuhnya di sini and sini. Gambar-gambar daripada lensa aku boleh dilihat di sini.

Yang dia tak dedahkan adalah dialah culprit yang lambat pi ambik kunci rumah Chamat, berpeluh jantan dan betina beberapa jam sebelum acara sebenar sebab adik Chamat (pemegang kunci rumah Chamat) tak dapat dihubungi dan seterusnya datang lewat setengah jam lepas katerer iaitu Mattop sampai. Walau bagaimanapun, selepas itu, semua berjalan lancar.


Acara utama - MAKAN - berjalan cukup lancar. Semua makanan lazat-lazat belaka. Dek sebab melimpahnya rezeki untuk sesi ini, semua orang dapat tapau makanan untuk insan-insan yang ditinggalkan di rumah.


...antara yang hadir...


...Upacara simbolik penyerahan tugas Presiden...


...ucapan sulung Presiden Baru...


...orang paling happy...

Beberapa perkara yang tidak dilapor oleh Noni Kapet:

1. Bobo, E81, Rumah Ahmad telah dilucutkan keahlian sebulat suara sebab gagal hadir walaupun telah sahkan kehadiran. Walau bagaimanapun, keputusan itu sedang beliau cabar di peringkat Majlis Presiden.

2. Ada ahli Rumah Ahmad sedang cuba untuk melantik kapten baru bagi rumah mereka sebab Che Mat masih belum balik dari USA. Pencabar-pencabar serius termasuk Chibiok dan Badut.

3. Ahli-ahli Rumah Ahmad telah cuba untuk mendapatkan bantuan ahli Rumah Sulaiman untuk menyelesaikan krisis kepimpinan ini. Tetapi, ahli Rumah Sulaiman terpaksa menolak atas semangat menghormati antara Rumah Sukan.

4. Khalid dan Kalai enggan ambik aku untuk masuk team futsal 1Yengko. Aku akan hantar memorandum berkenaan perkara ini tidak lama lagi.

5. Pejal, E6, Rumah Idris juga sedang dipertimbang untuk dilelong no. dobinya sebab mungkir janji untuk hadir.

6. Chibiok adalah pembuat air pada hari itu.

7. Penyumbang-penyumbang makanan adalah:

i. Lisa, wife Gabai;
ii. Red, wife Badut;
iii. Kalai - kuihmalaysia.com.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan telah menjayakan acara ini.

Acara seterusnya adalah bowling di Alamanda. Dijangka dalam bulan April 2010.

4 comments:

joe said...

berapa nak charge untuk bowling? takkan nak cover 100% installment gak kot?

abah said...

bowling bukan aku tokey.

Aku jaga PR je.

ezam said...

apa format kita tahun ni

epit said...

format apa?bowling? nanti aku meeting dengan subcontractor aku.