Wednesday, September 08, 2010

Salams Syawal Yengkoz 2010 Daripada Presiden Mentula Ingens Class of 94



Perutusan Hari Raya daripada Presiden Mentula Ingens, Sdr Syed Khalid Al Juned. Watch out for the appearance of the new Deputy Headboy.

Full text below:

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Alllah SWT kerana dengan keizinanNya jua maka pada hari ini dapat kita bersama-sama menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Batch Yengkoz kini sudah 16 tahun lebih setelah keluar koleq.

Syawal adalah satu mekanisme yang baik untuk kita kembali mengeratkan silaturrahim.

Rasulullah SAW ada bersabda yang maksudnya: "sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya..."

Kita seharusnya menggunakan peluang ini untuk mengunjungi Yengkoz 2, saudara-mara, handai dan taulan agar mereka mengenali antara satu dengan lain yang sekaligus akan mengeratkan lagi ikatan silatulrahim.

Syawal adalah tanda kemenangan dan kejayaan melawan hawa nafsu, godaan dunia, sikap membazir dan boros.

Tidak merugikan jika kita bersederhana dalam menyambut hari yang mulia ini. Perabut tidak semestinya diganti dengan yang baru manakala permaidani tidak perlu ditukar dengan rekaan terkini.

Jagalah pemakanan kita supaya apa yang dimakan tidak memudaratkan kita kelak. Mungkin amalan berpuasa enam patut dipertimbangkan.

Kepada mereka yang melakukan perjalanan di Idul Fitri ini, samada untuk pulang ke kampung halaman mahupun menziarahi sanak-saudara dan handai taulan, berhati-hatilah di jalan raya. Adalah lebih baik kita tiba lewat sedikit daripada terbabit dalam kemalangan semasa dalam perjalanan.

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya.

2 comments:

KNizam said...

mana deputy? mananyer. haha

abah said...

kan ada kat hujung2 tu...